
AHLAN WASAHLAN!!!
Hamba ALLAH sedang berkunjung

|
|
|
 |
|
Food, glorious food, Ice Age lyrics
Sunday, November 11, 2007
Hadapi dengan kelembutan..
Salam.
Lama sudah tidak bergelumang di sini. Kali terakhir berkemaskini ialah akhir bulan ogos. Fuh!~ Lamanya. :) Berabuk dah blog ni jadinya. :)
Tiada apa yang ingin saya catatkan pun. Cumanya. Saya rasa seperti mahu menyebarkan cinta, menyebarkan rasa kaseh sayang pula melalui entri kali ini. :)
Serasa saya, mutahir ini, kita kerap terarah dan terdedah kepada keganasan. Bertindak dengan ganas. Berperlakuan ganas. Dan persekitaran kita juga hari demi hari dihuni oleh manusia-manusia ganas.
Dalam kehidupan seharian kita, agak sukar untuk kita tentukan siapa sebenarnya orang jahat dan siapa sebenarnya orang baek. Terlalu ramai yang makin hari makin bijak bermuka-muka dan makin hari makin bijak menyamar bagai sesumpah. Siapakah yang harus dipersalahkan dari perubahan identiti masyarakat kita ini?
Ya. Sememangnya dulu tidak dinafikan, memang ada orang jahat dalam masyarakat kita. Tengok sahaja cerita Allahyarham P. Ramlee, contoh-contoh manusia-manusia jahat sentiasa ada dan keadaan itu tidak akan berubah. Tidak kiralah zaman apa sekalipun kita hidup. Orang jahat mesti wujud. Tapi. Yang menjadi permasalahannya adalah kenapa bilangan orang jahat ini makin bertambah dalam masyarakat kita? Jawapan mudah kita, KIAMAT SUDAH DEKAT.
Ya. Setiap permulaan ada pengakhiran. dan Kiamat adalah pengakhiran segala kesah manusia di dunia ini. Tapi. Setiap benda itu ada asbabnya. Jadi apakah asbab bagi perubahan sikap manusia mutahir ini? Jangan hanya membangkitkan, "Kiamat sudah dekat sebab tulah ramai orang jahat sekarang ni."
Jangan di salahkan Kiamat dan jangan jadikan alasan sebab kiamat makin hampir sebab itulah manusia makin jahat, makin ganas. Sebenarnya, penyebab keganasan adalah sikap manusia itu sendiri, sebab persekitan itu sendiri dan sebab media massa itu sendiri.
Ayuhlah. Tanyalah diri sendiri. Didiklah hati masing-masing supaya menjadi lembut di bawah payungan rahmat dan petunjuk Allah. Hati yang keras dan beku tidak semestinya tidak boleh lembut. Tiada guna berlaku ganas demi mencapai sesuatu yang dicita-citakan. Keganasan hanya membawa bahana sahaja kepada diri sendiri dan masyarakat. Bertindaklah dengan penuh hemah, bertindaklah dengan penuh kelembutan dan bijaksana. Pintalah petunjuk dari Allah SWT.
Wallahualam..
p/s: cacamerba sungguh entri ni :)
lightofmylife, teras jernang 3.40 ptg, 11/11/07.
Posted at 02:14 pm by mylife
Permalink
Saturday, August 25, 2007
Puisi dedikasi buat Puan Rita yang melangsungkan perkahwinan dengan zauj-nya iaitu Dr Jep. Mudah-mudahan baitul mukmin yang dibina berkekalan hingga ke syurga. amin.
Nota: Maaf tak menyaksikan hari bersejarah kau! :)
Semalam yang tertinggal..
Semalam yang tertinggal kita masih anak manis bergelak manis riang ria suria dan embun cemburu sukmanya memandang kita anak-anak manis
semalam yang tertinggal kita riang berjalan sendirian berpimpin jalan menuju depan berpaut bahu melangkah jalan kita anak manis segugus kapasan awan cemburu angin meniup awan bercerai-cerai menuju arah depan sampai ketemu angin yang datang tiup-tiupan bercantum lagi kita gadis manis gugusan awan kadang bersama kadang jauhan
semalam yang tertinggal kita masih anak manis sendirian...
oleh: akirasuri - Teras Jernang (26/8/07), 7:06pm
Posted at 06:46 pm by mylife
Permalink
Tuesday, April 10, 2007
bayu petang menepis-nepis lembut..
kenangan itu datang bertandang..
dan dia panasaran..
lama sudah ingatan itu berlalu..
petang itu ia hadir..
mengusik sukma jiwanya..
dan dia rindu itu semua..
pastinya yang terindah..
tapi segalanya kini mustahil..
hatinya jadi rawan..
oleh: lightofmylife
SP-10/4/07
Posted at 05:12 pm by mylife
Permalink
di tepi itu duduk memerhati..
sinar bulan mewarna pekat malam..
mengira bintang bertebaran luas..
bayu malam menepis-nepis wajah..
cengkerik berbunyi menyanyi lagu malam..
dan dia terus di situ..
memerhati cerita malam..
indah..
oleh: lightofmylife
SP-10/4/07
Posted at 04:38 am by mylife
Permalink
Monday, April 09, 2007
Salam.
perempuan itu adalah ciptaan ALlah yang terindah. tanpanya, lelaki akan terseksa jiwa dan batin. jiwa kosong, hati lara dan sepi. maka Tuhan jadikan pasangan lelaki iaitu perempuan untuk mengisi kekosongan agar lelaki tidak hidup sepi dan sendiri.
perempuan itu ALlah jadikan dengan sifat malu yang maha besar. makin tinggi sifat malunya makin besarlah ketakwaannya kepada Rabb-nya. kalau perempuan sudah hilang malu, apa ada lagi seri padanya. hilanglah segala, bila malu sudah berada pada tahap paling bawah. betapa buruknya perempuan tanpa sifat malu. nescaya dunia lelaki akan jadi hingar bingar. kacau dan serabut.
perempuan itu ALlah jadikannya lemah tapi kuat melahirkan zuriat. buat pengembangbiaknya umat Muhammad saw. tapi kalau zuriat itu hasil dari zina, alangkah terkutuknya perbuatan itu, zuriat itu tidak berdosa sama sekali. jangan dibunuh sesuka hati. tetapi perempuan dan lelaki yang membenihkan zuriat tanpa ikatan ijab dan qabul itulah manusia terkutuk. lupa Tuhan, lupa balasan pedih dariNYA.
perempuan itu adalah keindahan yang terhebat yang ALlah ciptakan. hiasilah diri dengan sifat malu yang mendalam. kerana dengan sifat malu yang tinggilah, ketakwaan pada ALlah itu makin hari makin meninggi, makin membesar, makin mencahayai. Contohilah akhlak serinkandi muslimin yang terdahulu yang mencerminkan seorang perempuan yang sebenar-benarnya ciptaan ALlah yang terbaek dan terhebat.
Moga kita dalam golongan perempuan yang hebat-hebat dan dirahmati ALlah.
Wallahualam.
Salam.
Posted at 01:22 pm by mylife
Permalink
Saturday, March 31, 2007
Salam.
hidup ini macam roda. kadang di atas. kadang di bawah. dan hidup ini macam juga bursa saham. kadang-kadang harga melambung dan kadang-kadang harga menjunam. dan kadang-kadang stabil. dan setiap orang itu pasti akan merasa akan dugaan dalam hidup mereka. tak kira cepat atau lambat. pasti setiap manusia itu akan merasa akan dugaan. hidup ini tak akan indah tanpa dugaan. sungguh!
Kekasih ALlah juga merasa akan dugaan. lebih getir daripada manusia-manusia biasa macam kita. mereka tabah hadapi. mereka hadapi dugaan dengan penuh kesabaran. tak macam kita. baru diduga sikit sudah mula salahkan takdir. sudah mula mahu berputus asa. sudah mula salahkan orang sekeliling. sudah mula salahkan Tuhan. dan pengakhirannya. cuba bunuh diri. merasa kematian itu solusi terbaek. sedangkan orang yang berputus asa dan memilih solusi bunuh diri itu terdiri dari kalangan yang rugi dan jauh menghidu pintu syurga. alangkah rugi.
kalau kita rasa kita bernasib malang. ada lagi orang yang lebih bernasib malang dari kita. jangan terlalu perapkan kepala kita bahawa kita insan malang, kita insan tak guna dan sebagainya. cuba kita keluar dari kotak buruk kita. cuba kita perhati sekeliling kita. masih ada yang lebih malang dari kita. kalau kita kata kita miskin hina, ada lagi orang yang lebih teruk dari kita. mereka lebih miskin dari kita. mereka miskin anggota, mereka miskin kasih sayang, mereka miskin akal. banyak yang boleh kita perhatikan jika kita benar-benar berfikir. letakkan akal itu di depan hati bukan meletakkan hati di depan akal. fikir secara waras. dan bersyukurlah dan terus berusaha untuk hidup. kerana hidup ini indah jika semuanya kerana ALlah.
jika kita diuji. ingat ALlah! jika kita dicaci. ingat ALlah. jika kita sakit. ingat ALlah. dalam segala hal tak kira dalam keadaan baek mahupun buruk kita kena selalu ingat ALlah. kerana pada DIA sahaja kita boleh minta pertolongan dan kepada DIA sahaja tempat kita berterima kaseh. jangan sesekali kita lupa. bahawa segala yang kita ada ini milik DIA. dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali.
wassalam.
Posted at 09:46 am by mylife
Permalink
Saturday, March 24, 2007
malam gelap sepi,
tetap menjadi saksi,
berdesum bunyi kenderaan besi,
teruna dara dalam terisi,
bunyi hingar menggamit sepi,
cengkerik menyanyi tiada dengari,
dosa paha tiadalah erti,
janji nafsu dapat ditepati,
itulah dia kisah malam yang sepi,
penuh dengan noda yang membasi,
terus menghambat akhlak mudi,
entahlah apa nak jadi,
aku malu menyaksi,
dosa anak bangsa sendiri...
-oleh: lightofmylife-
-Sg Petani, 2.15am, 25hb Mac 2007-
Posted at 10:03 am by mylife
Permalink
|
|
|
 |
|